Monday, October 10, 2016

Refleksologi pada Tangan

Tangan manusia juga mempunyai titik-titik tertentu untuk bahagian organ-organ tertentu. 

Urutan bahagian tertentu pada tangan akan mencetuskan rangsangan terhadap organ tersebut.



Detox guna Serai atau Lemongrass

Serai amat penting untuk menyokong sendi-sendi, mengurangkan kolestrerol, menambahbaikan mata dan bermacam-macam lagi.

Berikan minuman serai/lemongrass kepada customer anda sebagai nilai tambah.



Friday, September 23, 2016

Saturday, November 29, 2014

Cara Tradisional Urut Seluruh Badan

Cara urutan tradisional seluruh badan di lakukan adalah dengan 3 cara:


Bahagian pertama : urutan semasa Meniarap
Bahagian  kedua    : urutan semasa Terlentang
Bahagian ketiga    : urutan semasa Duduk.


BAHAGIAN PERTAMA : SEMASA MENIARAP

1-urutan tapak kaki dan jari
2-urutan betis/labu betis
3-urutan belakang paha
4-urutan punggung/isi punggung dan pinggang
5-urutan belakang
6-urutan belikat
7-urutan belakang lengang
8-urutan bahu rusuk leher

Urutan semasa meniarap terdapat sekurang-kurangnya 9 tempat yang diurut.

BAHAGIAN KEDUA : SEMASA TERLENTANG

1-urutan betis, urat tepi tulang kering
2-urutan paha luar dan dalam
3-urutan perut
4-urutan lengan dan ketiak
5-urutan tangan dan jari
6-urutan dada dan tulang rusuk
7-urutan muka

Bahagian kedua ialah semasa baring terlentang, terdapat  sekurang-kurangnya 7 tempat yang akan diurut.

BAHAGIAN KETIGA : SEMASA DUDUK BERSILA

1-urutan rusuk leher dan bahu
2-urutan belakang dan kepala
3-Memegang dan menarik rambut

Bahagia yang ketiga pula ialah bahagian yang terakhir sekali ialah, semasa duduk terdapat sekurang-kurangnya 3 tempat yang perlu diurutan.

Bila dicampurkan kesemuanya, jumlah kesemuanya ialah 19 tempat yang perlu diurutan untuk seluruh badan.

Masa peruntukan untuk urutan satu badan adalah dengan masa 1 - 1.5 jam sahaja.

Sunday, November 23, 2014

Monday, November 10, 2014

Pakej Gaya MenSPA

Kami menawarkan beberapa pakej rawatan menarik yang dikhususkan kepada golongan tertentu seperti pakej rawatan untuk golongan lelaki, bakal pengantin lelaki dan lelaki berumur.

Menerusi pakej itu, pelanggan boleh mencuba beberapa rawatan seperti body scrub,urutan tradisional, urutan sukan, urutan swedish ataupun rawatan sauna.

Kami amat menitikberatkan perkara privasi ini kerana pernah merasai sendiri ketidakselesaan apabila mengunjungi pusat kecantikan dan spa yang tidak memberatkan isu berkaitan aurat pelanggan terutama bagi yang beragama Islam.

“Di pusat rawatan ini, pelanggan tidak perlu risau kerana kami hanya menggunakan produk halal selain memulakan rawatan dengan bacaan beberapa ayat suci al-Quran.

Kami juga mempunyai barisan pembantu kecantikan terlatih dan sentiasa mematuhi syarat ditetapkan.

“Semua itu perlu bagi memastikan pelanggan sentiasa selesa dan yakin terutama berkaitan aspek aurat yang selama ini bagaikan dipinggirkan sesetengah pusat kecantikan,” kata Pengurus Gaya MenSPA, Allong

Ia turut menyediakan perkhidmatan pada harga berpatutan. Ini bagi memastikan golongan lelaki tidak berasa terbeban dengan harga yang dikenakan namun, pada masa sama, masih mengawal kualiti perkhidmatan.

Bagi yang ingin datang ke pusat rawatan Gaya MenSPA , kami mempunyai kelengkapan dan bilik mencukupi tetapi tempahan perlu dilaku bagi mengelakkan pertindihan masa.

Pusat rawatan Gaya MenSPA yang dihias dengan dekorasi tradisional itu dileng­kapi pelbagai peralatan moden

Apa itu SPA

Masyarakat sudah biasa dengan perkataan 'spa' tetapi masih ramai juga yang sebenarnya tidak begitu faham dan mengetahui apakah maksud sebenar di sebalik sebutan itu.
 
Spa atau 'Solus Per Aqua' (bahasa Latin) sebenarnya bermaksud terapi menggunakan air.
 
Rawatan spa adalah sesuatu yang unik dan eksklusif di mana ia berkonsep 'penyembuhan dengan air' iaitu satu kaedah perawatan yang diperkenalkan sejak berkurun-kurun dahulu.
 
Ketika itu air dari kolam air panas semula jadi digunakan bagi penyembuhan luka dan meningkatkan kesihatan badan. Kini industri spa tempatan telah berkembang meliputi pusat-pusat kecantikan.
 
Masyarakat umum di Malaysia semakin menyedari pentingnya aspek 'hidroterapi' atau penyembuhan menggunakan air dalam meningkatkan tahap kesihatan. Kini masyarakat mula menjadikan spa sebagai satu daripada tempat kunjungan utama bagi rawatan kesihatan.
 
Permintaan terhadap rawatan spa juga semakin meningkat, antaranya bagi mendatangkan kesihatan badan seperti mengeluarkan toksin serta meningkatkan sistem imunisasi selain mencegah alahan.
 
Rawatan spa juga dikatakan boleh meredakan migrain dan asma, menurunkan tekanan darah tinggi, mengurangkan insomnia (tidak boleh tidur) serta stres.